Bahasa Indonesia gaul

Bahasa Gaul atau Bahasa Indonesia gaul ialah ragam jenis dialek bahasa Indonesia yang tidak formal atau bertaraf rendah, dan hanya dipakai dalam percakapan tidak rasmi. Dialek ini pertama kali terasas pada dekad 1980-an, dan terus berkembang sehingga kini. Akar bahasa gaul ialah bahasa Betawi yang merupakan kacukan atau percampuran bahasa Melayu dengan bahasa penduduk etnik Batavia (Jakarta) lainnya.

Bahasa Indonesia gaul
Bahasa Gaul, Bahasa Indonesia Gaul, Bahasa Indonesia dialek Jakarta, Bahasa Betawi Anak Muda
Asli kepadaIndonesia
KawasanIndonesia, khususnya perkotaan
Latin
Kod bahasa
ISO 639-3
Glottologcjin1234  Colloquial Jakarta Indonesian
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "sk" yang tidak diketahui

Pada awal kemunculan bahasa ini, hanya wilayah Jakarta saja terdengar, namun seiring berjalannya masa, bahasa ini merebak ke seluruh Indonesia melalui media massa, terutamanya melalui televisyen dan Internet. Bahasa gaul menggantikan kegunaan Bahasa Prokem yang sebelumnya terkenal pada 1970-an. Selain mengekalkan pengaruh sejumlah kosa kata Prokem, ragam bahasa gaul ini juga menerima pengaruh dari bahasa setempat Indonesia.[1][2][3]

Bahasa Indonesia semasa ini juga mempunyai pengaruh yang ketara terhadap banyak bahasa tempatan Indonesia. Hampir setiap kawasan di Indonesia mempunyai variasi bahasa Indonesia gaul yang khas. Di Palembang sebagai contoh, bahasa gaul dipakai beriringan dengan bahasa Melayu Palembang.

Bahasa ini terbentuk melalui proses pencampuran antara bahasa Indonesia dengan bahasa daerah yang kemudiannya menghasilkan bahasa baharu yang digunakan sebagai perantara masyarakat seharian.

Proses ini juga mempermudah pentakrifan istilah-istilah baharu daripada bahasa daerah agar dapat diserap dengan mudah ke dalam bahasa Indonesia.

  1. ^ Kridalaksana, Harimurti (2013-05-06). Kamus Linguistik (Edisi Keempat) (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-979-22-3570-8.
  2. ^ Rosidi, Ajip (2011-12-01). Badak Sunda dan Harimau Sunda: Kegagalan Pelajaran Bahasa (dalam bahasa Indonesia). Dunia Pustaka Jaya. ISBN 978-979-419-572-7.
  3. ^ Foulcher, Keith; Day, Tony (2008). Sastra Indonesia modern: kritik postkolonial (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Obor Indonesia. ISBN 978-87-94615-61-7.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search